Seorang pemuda bernama Muhammad al-Syaham syahid selepas ditembak tentera Israel ketika pencerobohan kediamannya di bandar Kafr ‘Aqab, Baitul Maqdis. Insiden ini berlaku selepas tentera Israel melancarkan operasi penahanan besar-besaran setelah selesai melakukan serangan di kawasan berasingan di Tebing Barat.

