Home Berita Post View

Sesi Perbicaraan Bagi Khalil ‘Awawda

Aug 15, 2022 12:42 pm

 

Pihak Berkuasa Hal Ehwal Tahanan berkata mahkamah Israel akan mengadakan sesi perbicaraan untuk mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan kepada tahanan Khalil ‘Awawda walaupun keadaan kesihatan beliau semakin tenat. 

Sesi perbicaraan tersebut akan membentangkan tiga pilihan: pertama, mengesahkan tempoh penahanan bagi Khail ‘Awawda diteruskan; kedua, membekukan penahanan pentadbirannya yang merupakan muslihat undang-undang. Secara ringkasnya, beliau akan terus ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan sehingga keadaan kesihatannya bertambah baik sebelum penahanan pentadbirannya diperbaharui. Ketiga, menamatkan penahanan pentadbiran Khalil ‘Awawda.

Mereka memberi amaran tegas bahawa Khalil ‘Awawda terdedah dengan kematian mengejut. Hal ini kerana mogok laparnya sudah mencecah hari ke-155 berturut-turut dan keadaan kesihatannya semakin merosot.

Related