Home Berita Post View

Pesuruhjaya PBB: Kos Kerosakan Serangan Israel-Gaza Serius

Aug 12, 2022 12:33 pm

 

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet berkata kos kerosakan akibat serangan Israel baru-baru ini ke atas Semenanjung Gaza adalah serius.

Beliau menyatakan kebimbangannya berkenaan jumlah kanak-kanak Palestin yang syahid dalam serangan Israel baru-baru ini semasa pejabat Hak Asasi Manusia PBB mengesahkan seramai 48 orang penduduk Palestin yang syahid, antaranya 22 orang awam, termasuk 17 kanak-kanak dan empat wanita.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, jumlah kanak-kanak yang syahid di wilayah Palestin telah meningkat kepada 37 orang sejak awal tahun ini.

“Undang-undang kemanusiaan antarabangsa jelas melarang serangan yang boleh dijangka membunuh atau mencederakan orang awam. Saya menyeru supaya siasatan segera dan bebas dilakukan terhadap semua insiden bagi sesiapa yang telah terbunuh atau cedera," kata Michelle Bachelet.

Related