Ribuan jemaah menyahut seruan subuh secara besar-besaran di masjid-masjid yang terletak di Tebing Barat pada Jumaat ini yang dikenali sebagai Fajr al-Syuhada’.
Kota Nablus, Jenin dan Hebron menyaksikan kehadiran jumlah jemaah terbesar di masjid mereka kerana halaman masjid, bumbung dan kedai di sekelilingnya dipenuhi dengan jemaah yang menunaikan solat subuh. Seruan ini dibuat bagi menghormati para syuhada yang terkorban dalam pertempuran menentang rejim Zionis. Solat subuh ini disertai juga oleh keluarga para syuhada dan tahanan, termasuk ibu kepada pemuda yang syahid, Ibrahim al-Nablusi.

