Home Berita Post View

Israel Tebang 200 Pokok Zaitun Di Hebron

Aug 12, 2022 12:31 pm

 

Penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Pertahanan Bukit Selatan Hebron dan Masafer Yatta, Fuad al-Amour menyatakan bahawa warga Israel telah menyerbu tanah penduduk Palestin di perkampungan Ein Al-Beida, Masafer Yatta dan telah menebang sebanyak 200 batang pokok zaitun. Selain itu, mereka juga cuba merampas sebuah bilik milik seorang penduduk tempatan namun orang ramai sempat menghalang dan menghalau mereka.

Dalam hal ini, mekanisme Israel memasang kiub konkrit di pintu masuk ke perkampungan Tawani di Masafer Yatta, merupakan persediaan untuk melaksanakan keputusan mereka merampas pintu masuk yang merupakan talian hayat utama untuk keseluruhan kawasan itu.

Related