Pihak berkuasa Palestin dan pasukan tentera mengesahkan bahawa Jumaat depan akan menjadi hari kemarahan penduduk tempatan sebagai tindakan mengecam jenayah Israel terhadap rakyat, tanah dan tempat suci mereka.
Tentera Palestin berkata bahawa acara ini akan diperluaskan demi mengukuhkan perpaduan rakyat Palestin dalam menghadapi Israel.
Sedia maklum, Jumaat akan datang adalah hari selepas tamatnya pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza dan insiden pembunuhan tiga pemuda Palestin di Nablus, Tebing Barat.

