Seorang pemuda Palestin, Mu’min Jabir dilaporkan syahid dan berpuluh lagi telah cedera semasa penindasan tentera Israel ketika perarakan mengutuk jenayah rejim Zionis di Nablus. Demonstrasi ini berlaku di Hebron dan kawasan berasingan di Tebing Barat.
Media melaporkan bahawa beberapa orang penduduk Palestin mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata. Mereka juga cedera akibat peluru hidup yang dilepaskan ketika serangan di antara tentera Israel penduduk Palestin.
Selain itu, tentera Israel juga melancarkan operasi penahanan di Ramallah. Seramai lima orang penduduk Palestin ditahan semasa kediaman mereka diserang.

