Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Palestin berkata bahawa jumlah kumulatif serangan Israel di Semenanjung Gaza berjumlah 18 unit kediaman telah musnah sepenuhnya. Manakala 71 buah kediaman yang sebahagiannya mengalami kerosakan tidak boleh didiami dan 1,675 lagi buah kediaman yang boleh didiami ekoran sedikit sahaja yang terjejas.
Difahamkan Israel telah menyasarkan rumah yang didiami tanpa amaran. Ini menjadi punca bilangan mangsa syahid dan kecederaan semasa serangan meningkat dua kali ganda.

