Home Berita Post View

Pertempuran Di Qalqilya Dan Penahanan Di Jenin

Aug 05, 2022 12:51 pm

 

Sebuah pertempuran meletus di perkampungan Kafr Qaddum, yang terletak di timur Qalqilya selepas tentera Israel menyerbu perkampungan tersebut dan memusnahkan beberapa buah kediaman serta menyiasat penduduknya di kediaman mereka. Di Jenin, tentera Israel menahan seorang penduduk Palestin selepas bandar Burqin diceroboh dan kediamannya diserang serta harta bendanya digeledah. Hal yang sama juga terjadi kepada para penduduk di bandar berkenaan. Seorang pemuda bernama Muhammad Abu Bakar dari bandar Ya’bad mengalami lebam dan patah kaki kanan selepas digilis kenderaan tentera Israel.

 

Related