Home Berita Post View

62 Kerusi Untuk Netahanyu

Aug 05, 2022 12:49 pm

 

Tinjauan umum yang dijalankan oleh televisyen Israel menunjukkan bahawa parti sayap kanan yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu akan memenangi 62 kerusi dalam pilihan raya parlimen Israeli, Knesset.

Menurut tinjauan tersebut, jika pilihan raya diadakan hari ini, Netanyahu akan dapat membentuk kerajaan gabungan dengan 62 ahli dari parti sayap kanan yang merangkumi parti Likud, Religious Zionism dan parti Haredi.

Keputusan menunjukkan parti Likud akan mendapat 35 kerusi, Religious Zionism akan mendapat 12 kerusi, Shas akan mendapat lapan kerusi dan United Torah Judaism akan mendapat tujuh kerusi. Sebaliknya, Yesh Atid yang diketuai oleh presiden Israel sekarang, Yair Lapid mempunyai 21 kerusi.

Pilihan raya Knesset ke-25 akan diadakan pada 1 November, yang kelima dalam tiga tahun.

Related