HAMAS memberi amaran terhadap seruan pencerobohan Masjid al-Aqsa pada hari Sabtu dan Ahad depan.
Ahli Biro Politik HAMAS, Harun Nasser al-Din berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa seruan Zionis untuk menceroboh Masjid al-Aqsa pada Sabtu dan Ahad merupakan percubaan terdesak mereka untuk mengyahudikan dan mendakwa bahawa merekalah pemilik Masjid al-Aqsa. HAMAS memilih untuk berhati-hati terhadap eksploitasi Pertubuhan Haikal ke atas Haikal Sulaiman kerana pelbagai cara dilakukan bagi melaksanakan rancangan pembinaan semula Haikal Sulaiman. Beliau mengajak semua rakyat Palestin dan masyarakat Arab dan Islam untuk memelihara Masjid al-Aqsa melalui semua cara.

