Presiden Jawatankuasa Penyelarasan Barangan di Semenanjung Gaza mengumumkan Israel akan terus menutup jalan Kerem Shalom dan sebahagian persimpangan Beit Hanoun untuk pejalan kaki dan pekerja untuk hari kedua. Tentera Israel juga mengekalkan keadaan berjaga-jaga di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza dan penempatan ghilaf, kerana bimbang akan serangan oleh gerakan Jihad Islam selepas penahanan pemimpin Bassam al-Saadi di Jenin yang terletak di Tebing Barat.
Saluran 12 Israel melaporkan bahawa Israel menghantar mesej yang tegas kepada HAMAS dan Jihad Islam melalui pengantara Mesir bahawa mereka tidak berminat dengan pertempuran, tetapi tindak balas akan menjadi sengit terhadap sebarang tindakan atau pencabulan kedaulatan Israel.
*Ghilaf ialah sebuah penempatan Israel yang terletak beberapa kilometer di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza termasuk Sderot. Terdapat banyak penempatan lain di kawasan tersebut.

