Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth melaporkan keluarga pegawai Israel yang ditahan oleh HAMAS, Hadar Goldin keluar menyertai perarakan protes yang disertai ratusan warga Israel menentang kerajaan Israel kerana meninggalkan tahanan mereka di Semenanjung Gaza.
Akhbar itu menambah bahawa perarakan bermula dari Kfar Saba di wilayah Palestin dan akan tiba esok di Rishon LeTsiyon, selatan Tel Aviv. Perarakan tersebut akan berlangsung sehingga Jumaat ke kawasan penempatan ghilaf, sempadan Semenanjung Gaza.
Polis Israel telah bersiap siaga untuk mengamankan perarakan keluarga Hadar Goldin.

