Tentera Israel telah memusnahkan sebuah kediaman penduduk Palestin di Nablus dengan alasan tidak munasabah. Mereka telah menyerang sebuah keluarga yang terdiri 14 orang, termasuk enam kanak-kanak. Mereka telah dibawa keluar daripada kediaman secara paksa oleh tentera Israel.
Media melaporkan bahawa jentolak milik tentera Israel telah mula melakukan kerja-kerja perobohan di utara Nablus.
Jika Israel meneruskan dasar ini, lebih 50% kediaman di kawasan tersebut akan dirobohkan kerana penduduk Palestin menerima ancaman harian daripada pentadbiran awam tentera Israel.

