Home Artikel Post View

Kewujudan Bangunan Ikonik Di Palestin Bukti Islam Akan Bangkit Lagi

Aug 03, 2022 04:41 am

Oleh: Nur Sabrina binti Suhaimi

Palestin adalah tanah yang penuh dengan sejarah dan harus diakui ia merupakan salah satu tempat tertua di dunia.

Siapa sangka, asal usul ‘Palestin’ sebenarnya sudah bermula sejak ia digelar dengan nama terawal – ‘Filastin’ – ketika era Zaman Gangsa sekitar 450 Sebelum Masihi dan 1948 Masihi. Rekod mendedahkan Filastin merangkumi sebuah kawasan di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan.

Bagaimanapun, nama ‘Palestin’ terus menjadi sebutan bermula 1300 Sebelum Masihi sehingga sekarang dan secara tidak langsung, ia membuktikan negara itu melalui pelbagai era peradaban manusia termasuk zaman Roman, Byzantine, dan Islam; serta pemerintahan Uthmaniyah dan Zionis. 

Malang untuk Palestin kerana di bawah pengurungan Zionis sejak 1948, keluasannya semakin mengecil apabila majoriti tempat di negara itu sudah diiktiraf sebagai negara Israel. Tidak cukup dengan itu, beberapa kawasan bersejarah di Palestin telah dimusnahkan dan adapun yang dikekalkan telah dijadikan sebagai sebahagian hak milik Israel.

 

Moroccan Quarter

- Terletak di Baitul Maqdis, berdekatan dengan al Haram al-Sharif.

- Berusia 829 tahun, turut dikenali sebagai Mughrabi Quarter.

- Merupakan bukti pemerintahan Sultan Salahuddin al-Ayyubi kerana ia dibangunkan oleh anak sulungnya, al-Malik al-Afdal sekitar tahun 1193 untuk diwakafkan kepada orang Islam.

- Menjadi penempatan untuk kaum Arab dari Afrika Utara, Andalusia, dan Palestin.

- Telah dimusnahkan oleh tentera Israel pada 11 Jun 1967 untuk penubuhan plaza Tembok Ratapan (Wailing Wall) bagi kegunaan orang Yahudi.

 

Al-Thafar Damri Mosque

- Penduduk tempatan menggelarnya Qazmari dan ia terletak di pekan Shajai’ya, Gaza.

- Ditubuhkan oleh Putera Mamluk, Shihab al-Din Ahmad bin Azafir al-Thafer Damri yang berasal dari Thafer Damar di negara-negara Maghreb.

- Masjid ini memiliki perpustakaan kecil, ruang menghafal al-Quran, ruang solat untuk muslimah, dan makam putera Mamluk.

- Kewujudannya merupakan bukti kemunculan era kesultanan Mamluk yang berasal dari kerajaan Uthmaniyah. 

- Dimusnahkan oleh rejim Zionis pada 2014 bersama-sama beberapa masjid terkenal yang lain termasuk Mahkamah Mosque.

- Pada 2015, usaha pemulihan dilaksanakan dengan bantuan daripada pihak sukarelawan.

 

Masjid Al-Aqsa

- Penubuhan Masjid al-Aqsa atau al-Haram as-Sharif dikatakan idea Nabi Ibrahim AS sebelum dirobohkan dan dibangunkan semula di bawah pemerintahan Saidina Umar al-Khattab selepas menumpaskan tentera Byzantine.

- Di dalamnya telah terbina beberapa bangunan yang ikonik seperti Masjid al-Qibli dan Dome of Rock. 

- Difahamkan al-Aqsa merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum ditukarkan ke Kaabah.

- Isu yang menjadi perdebatan antara orang Islam dan Yahudi sekarang ini ialah dikatakan pihak Zionis sedang membuat penggalian terowong di bawah al-Aqsa tanpa kebenaran sejak 1967. 

- Pemusnahan al-Aqsa kononnya mahu mencari artifak dan membangunkan semula rumah ibadat kaum Yahudi, Solomon’s Temple yang pernah dirobohkan suatu ketika dahulu. 

 

Dome of Rock (Qubbah al-Sakhra)

- Penubuhannya direkodkan pada 691 Masihi, menjadikan ia bangunan tertua di dunia dan dalam sejarah Islam.

- Terletak di Baitul Maqdis dalam Masjidil al-Aqsa, bangunan ini dibina oleh khalifah Bani Umayyah, Marwan bin Muhammad.

- Direkodkan kejadian Israk Mikraj berlaku di sini, di mana Nabi Muhammad SAW telah diangkat ke Sidratul Muntaha hingga melepasi langit ke-7.

- Tapak bangunan ini dikatakan tempat berdirinya Solomon Temple yang pernah dibangunkan sebagai kawasan suci kaum Yahudi sebelum dirobohkan oleh tentera Roman pada 70 Masihi.

- Ia memainkan peranan sebagai tempat perlindungan Muslim ketika musim sejuk dan panas; tempat persinggahan orang yang melaksanakan ibadah haji; dan bukannya untuk melakukan ibadah umum.

 

Ibrahimi Mosque

- Juga dikenali sebagai Masjid al-Khalil, ia terletak di Hebron dan menjadi tumpuan utama pelancong di negeri itu.

- Difahamkan masjid ini dibina di atas gua yang mengandungi makam Nabi Ibrahim AS dan isterinya, Sarah, serta anak-anak mereka – Ishak dan Yaakub AS.

- Menariknya, masjid ini berada di atas sempadan Israel dan Palestin menyebabkan ia memiliki dua bahagian – untuk kegunaan orang Islam dan orang Yahudi.

- Masjid ini juga pernah dijadikan gereja di bawah penguasaan tentera Salib sebelum dikembalikan peranan asalnya ketika pemerintahan Salahuddin Ayyubi pada 1187

- Pada 1967, penguasaan Israel di beberapa tempat di Palestin menyebabkan kunjungan pelawat telah diterhadkan.

- Pada 2022, tentera Zionis telah meruntuhkan tangga-tangga dan menggantikannya dengan lif atas tujuan mahu merampas masjid tersebut, sekaligus tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa.

Di sebalik kesuraman berita berkaitan Palestin yang semakin ‘menghilang’ dari peta dunia, bangunan-bangunan ikonik ini masih kekal baik di dalam lipatan sejarah walaupun ada di antaranya telah dimusnahkan. 

Secara tidak langsung, keteguhan bangunan-bangunan yang masih bertapak di bumi suci Palestin membuktikan kekuatan-kekuatan pemerintahan khalifah Islam suatu ketika dahulu. 

Pada masa yang sama, bukti ini berjaya meniupkan semangat bahawa kebangkitan Islam di Palestin tidak mustahil akan berlaku lagi.

Related