Berpuluh warga Israel menceroboh Masjid al-Aqsa dari pintu al-Mughrabi dengan perlindungan tentera Israel.
Media melaporkan bahawa warga Israel melaksanakan pencerobohan secara provokatif di pekarangan Masjid al-Aqsa dan mereka menerima penjelasan berkenaan Haikal Sulaiman.
Polis Israel mengenakan sekatan ke atas kemasukan jemaah ke masjid, menahan kad identiti mereka di pintu luar masjid, dan terus menghantar pulang berpuluh jemaah dalam tempoh yang berbeza.

