Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune berkata negaranya akan menjadi tuan rumah bagi pertemuan pihak Palestin mengenai perdamaian, sebelum sidang kemuncak Arab diadakan.
“Kami mampu melaksanakan tugas ini dan mempunyai kredibiliti penuh untuk mencapai perdamaian antara pihak Palestin, dan kami berpihak kepada Palestin walau apapun rintangannya,” tambah beliau.
Julai lalu, Presiden Algeria itu menghimpunkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan pemimpin HAMAS, Ismail Haniyeh serta dua delegasi yang mengiringi mereka, di luar acara sambutan kemerdekaan keenam puluh di Algeria.

