Seorang bekas pegawai keselamatan dalam Perkhidmatan Perisikan Tentera Israel (Shin Bet), Ilan Lotan mengesahkan entiti tersebut tidak bersedia dengan sebarang peperangan yang mungkin tercetus pada akan datang.
Pegawai tersebut percaya sebarang peperangan akan datang boleh mencetuskan kepada pertempuran sengit dalaman tanpa ada persediaan pihak berkuasa Israel, terutamanya di bandar-bandar Palestin yang berada dalam jajahan Israel sejak tahun 1948.
Pegawai itu turut menjelaskan, “Kedahsyatan letupan yang dilakukan oleh penduduk Palestin di wilayah yang diduduki ketika pencerobohan Israel ke atas Gaza pada Mei 2021 adalah suatu perkara yang memeranjatkan.” Shin Bet tidak memberikan amaran awal mengenai kejadian pada tahun lalu. Mereka menganggap pihak pemerhatilah yang perlu merujuk sendiri laporan bertajuk “Kegagalan Israel Terhadap Sistemnya."

