Solat Subuh pagi ini telah menyaksikan penyertaan besar-besaran rakyat Muslim Palestin dalam menyokong slogan “Al-Quds untuk Arab dan Islam”. Penyertaan beramai-ramai ini merupakan protes kepada rancangan pengyahudian Baitul Maqdis, Judaization of Jerusalem.
Beberapa buah bas telah mengangkut rakyat Palestin dari beberapa wilayah Baitul Maqdis dan Tebing Barat untuk menyertai solat subuh hari Jumaat ini. Selain itu, jemaah juga melakukan ibadah zikir; membaca al-Qur’an; mendengar ceramah agama berkaitan tuntutan menghidupkan semula solat berjemaah; serta beri’tikaf di dalam masjid.

