The Palestine Solidarity Campaign (PSC) telah mengumpulkan lebih ramai penyokong perjuangan Palestin di Britain selepas petisyen rasmi yang ditujukan kepada parlimen dilancarkan. Petisyen rasmi tersebut menggesa kerajaan British melakukan pengkajian semula dasar mereka terhadap Israel sebagai sebuah negara aparteid.
Menurut media tempatan, bilangan orang yang menandatangani petisyen itu telah mencecah seramai 11,171 orang. Bilangan tersebut dijangka akan terus bertambah dalam masa beberapa hari akan datang.

