Home Berita Post View

Tahap Kesihatan Tahanan Rayyan Dan ‘Awawda Merosot

Jul 26, 2022 12:14 pm

 

Jabatan Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan mendedahkan perkembangan terkini kesihatan dua tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar, Raed Rayyan dan Khalil ‘Awawda. 

Menurut jabatan tersebut, Raed Rayyan yang meneruskan mogok laparnya ke-110 hari telah mengalami penurunan kesihatan yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga mengalami kekejangan di tangan dan kaki; sakit sendi di seluruh badan; penglihatan kabur dan hanya boleh tidur dalam tempoh yang singkat. 

Sementara itu, Khalil ‘Awawda yang meneruskan semula mogok lapar selepas melakukannya selama 111 hari telah mengalami kekurusan; susah bercakap; sakit teruk di seluruh badan.

Related