Home Berita Post View

Penduduk Palestin Menyambut Seruan “Nida ul Fajar”

Jul 22, 2022 12:59 pm

 

Hari ini rakyat Islam Palestin di Baitul Maqdis menyahut seruan solat Subuh beramai-ramai dengan slogan “Al-Quds Piagam Ummah”.
Penduduk sekitar Baitul Maqdis dan Tebing Barat, termasuk golongan wanita dan kanak-kanak berpusu-pusu memenuhi Masjid al-Aqsa sejak dari awal pagi sebelum Subuh.

Seruan yang dibuat oleh pemuda dan penduduk Palestin di kawasan Baitul Maqdis ini bertujuan meningkatkan kedatangan orang Islam di Masjid al-Aqsa pada hari Jumaat. Seruan “Al-Quds Piagam Ummah” adalah slogan yang membantah pemisahan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis yang merupakan milik orang Islam.  

Related