Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel telah menceroboh dan membuat pemeriksaan ke atas tiga buah kediaman sebelum menahan tiga orang tahanan yang dibebaskan di perkampungan Iskaka, bandar Salfit.
Pada masa yang sama, mereka juga merosakkan harta benda setiap rumah lain yang digeledah.
Di Hebron, tentera Israel turut melakukan perkara yang sama di kem pelarian al-Aroub. Mereka telah menyerang dan menggeledah beberapa buah kediaman penduduk Palestin untuk hari ketiga. Pada masa yang sama di Baitul Maqdis, tentera Israel telah memberhentikan sebuah kenderaan yang dinaiki dua orang pemuda dan seorang kanak-kanak. Mereka ditahan dan kanak-kanak tersebut ditinggalkan bersendirian di dalam kenderaan.

