Dua orang pemuda Palestin cedera ditembak oleh tentera Israel selepas mereka melakukan pencerobohan di bandar Ramallah dan al-Bireh, Tebing Barat.
Difahamkan tentera Israel telah melepaskan beberapa das tembakan dan gas pemedih mata ke arah orang awam dan telah mengakibatkan dua orang pemuda Palestin cedera di bahagian kaki.
Pada masa yang sama, di bandar Birzeit yang terletak di timur Ramallah, sebuah pertempuran ganas telah berlaku selepas pasukan tentera Zionis membuat pencerobohan ke atas bandar tersebut. Dua orang tahanan yang dibebaskan telah ditahan semula.

