Datuk Bandar Surif, Hazim Agnimat melaporkan bahawa warga Israel menyerang kediaman penduduk Palestin dengan batu dan belantan serta membakar 30 batang pokok zaitun. Mereka juga turut membakar sejumlah pokok hutan yang dimiliki oleh dua buah keluarga Palestin. Tindakan yang dibuat oleh warga Israel ini mendapat perlindungan tentera Israel dengan bom gas beracun yang dilepaskan ke arah rakyat dan menyebabkan puluhan penduduk Palestin sesak nafas. Kejadian ini berlaku di bandar Surif yang terletak di barat laut Hebron, Tebing Barat.

