Tentera Israel bersedia untuk menjaga keselamatan dan melindungi ketibaan ratusan warga Israel di tiga penempatan utama di Tebing Barat. Ini bertujuan untuk menubuhkan tiga pos penempatan baharu.
Laman web Israel Ynet melaporkan bahawa tentera Israel akan melakukan sekatan jalan raya dan bersiap sedia untuk memindahkan warganya dari kawasan tersebut. Mereka juga akan memberi perlindungan kepada rakyat Israel dan menghalang sebarang pergeseran dengan rakyat Palestin.
Selain itu, sekumpulan aktivis sayap kanan mula bersiap sedia untuk melaksanakan rancangan penubuhan tiga daripada 28 pos penempatan yang masih berbaki untuk tahun ini.

