Kementerian Luar Negeri dan Diplomat Palestin memberi amaran terhadap kelulusan kerajaan rejim Zionis bagi projek dan rancangan penempatan baharu di beberapa wilayah Palestin khususnya di Baitul Maqdis. Amaran ini dikeluarkan susulan daripada lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
Kementerian Luar Negeri menjelaskan sebahagian daripada rancangan ini telah ditangguhkan sehingga lawatan Biden selesai. Kementerian Luar Negeri Palestin menyeru masyarakat antarabangsa dan pentadbiran AS untuk memberi perhatian terhadap isu ini terutama sejak seruan terang-terangan Presiden AS terhadap mana-mana tindakan yang berat sebelah dalam konflik Palestin-Israel. Projek penempatan ini merupakan salah satu tindakan berat sebelah yang boleh membahayakan penyelesaian dua negara (Two-State Solution, TSS).

