Slogan menentang sikap berat sebelah Amerika Syarikat (AS) terhadap Israel, lukisan dan mural yang memaparkan gambar wartawan Shireen Abu Akleh yang terbunuh kerana Israel, papan iklan mengenai aparteid dan demonstrasi bendera hitam menolak lawatan Biden ke Bethlehem pada hari Jumaat telah tersebar di bandar-bandar Tebing Barat.
Pejuang Palestin menganggap Deklarasi al-Quds yang ditandatangani oleh Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Yair Lapid sebagai satu pencerobohan terhadap rakyat Palestin dan hak mereka. Pejuang Palestin menyeru agar tidak menerima perjanjian tersebut.

