Menurut Pusat Tahanan dan Bekas Tahanan Hanzalah, kumpulan tahanan popular di penjara Zionis bersiap sedia melakukan mogok lapar secara terbuka sebagai tanda solidariti untuk tahanan Raed Rayyan yang melakukan mogok lapar kerana penahanan pentadbirannya.
Raed Rayyan, 27, masih meneruskan mogok laparnya untuk hari ke-100. Buat masa sekarang, beliau berada di klinik penjara Ramlah kerana mengalami penurunan berat badan; kekurangan cecair, vitamin dan protein; dan keadaan kesihatan yang semakin memburuk. Beliau telah menghabiskan kira-kira hampir dua bulan dalam kurungan bersendirian di penjara Ofer.

