Home Berita Post View

Biden Umum Strateginya Di Tebing Barat

Jul 15, 2022 12:51 pm

 

Seorang pegawai pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa Presiden AS, Joe Biden akan mengumumkan beberapa siri strateginya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Pegawai itu menyatakan bahawa Joe Biden akan menyediakan $100 juta kepada rangkaian hospital Palestin di Baitul Maqdis dan akan menyediakan pakej pembiayaan $200 juta kepada United Nations Relief and Works Agency (UNRWA).  Beliau juga akan mengumumkan strateginya untuk memudahkan perjalanan antara Tebing Barat dan Jordan, selain membangunkan rangkaian komunikasi di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Pegawai tersebut turut menambah bahawa Joe Biden akan berada di Bethlehem bagi menangani isu tanah milik gereja Kristian di Bukit Zaitun, Baitul Maqdis. Joe Biden tidak dapat berjumpa keluarga wartawan veteran, Shireen Abu Akleh kerana jadualnya yang padat. Namun, beliau mengajak keluarga Shireen Abu Akleh untuk hadir ke Washington. 

Related