Home Berita Post View

Kesihatan Raed Rayyan Dan Khalil Awawda Semakin Merosot

Jul 14, 2022 12:38 pm

 

Pejabat Penerangan Tahanan menyatakan bahawa tahap kesihatan dua orang tahanan yang melakukan mogok lapar, Raed Rayyan dan Khalil Awawda telah merosot dengan ketara. 

Sejak hari ke-99 mogok lapar yang dilakukan, Raed Rayyan telah mengalami penurunan berat badan yang mendadak, kekurangan cecair dalam badan, vitamin dan protein. Beliau juga mengalami pening, muntah dan sakit di seluruh badan. Namun begitu, pihak pentadbiran Israel masih enggan memindahkan beliau ke hospital bagi mendapatkan rawatan. 

Selain itu, Khalil Awawda meneruskan mogok laparnya selepas pihak pentadbiran Israel memungkiri janji mereka untuk membebaskan beliau selepas 111 hari mogok lapar. Tahap kesihatannya sangat teruk dan berpotensi tinggi untuk kehilangan fungsi tubuhnya yang penting. Beliau juga menerima nasib yang sama seperti Raed Rayyan iaitu tidak menerima rawatan di hospital kerana keengganan Israel untuk memindahkan beliau ke sana.

Related