Duta Israel ke Amerika Syarikat (AS), Michael Herzog berkata kerajaannya sedang menuju ke arah normalisasi dengan Arab Saudi.
Radio tentera Israel menyatakan bahawa proses normalisasi akan dilakukan secara berperingkat dan tidak dijalankan secara serentak seperti yang berlaku di Emiriah Arab Bersatu. Langkah pertama proses normalisasi itu akan bermula semasa lawatan Presiden AS, Joe Biden ke Arab Saudi.

