Home Berita Post View

Kesukaran Melaksanakan “Penyelesaian Dua Negara” - Biden

Jul 14, 2022 12:36 pm

 

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah tiba di Israel bersempena lawatan pertamanya ke negara itu sejak dilantik sebagai pemerintah di AS.

Sejurus sampai di Lapangan Terbang Ben Gurion, Biden berkata Washington berkomited mahu mengekalkan keselamatan pihak Israel dan warganya dengan merujuk “penyelesaian dua negara” kekal sebagai penyelesaian terbaik bagi menamatkan konflik di rantau ini. Walau bagaimanapun, Biden menjelaskan penyelesaian sedemikian tidak akan datang dengan segera.

Presiden AS itu turut menyatakan kebanggaannya terhadap hubungan kukuh antara negaranya dengan Israel. Beliau menambah pihak pentadbirannya akan sentiasa menjaga dan berusaha mengeratkan lagi hubungan tersebut. 

Related