Home Berita Post View

Pertempuran Di Tebing Barat Dan Baitul Maqdis

Jul 14, 2022 04:09 am

Sebuah pertempuran telah meletus antara tentera Israel dan pemuda Palestin berikutan perarakan mengutuk serangan warga Israel di perkampungan al-Mughayir yang terletak di timur laut Ramallah. Seorang pemuda Palestin telah ditangkap dalam pertempuran itu. 

Selain itu, tentera Israel menangkap seorang penduduk Palestin semasa beliau bekerja di tanahnya di bandar Idna, barat Hebron. Beberapa pemuda daripada sebuah keluarga telah ditahan dan dihalang untuk menggali perigi di kawasan tanah mereka.

Pada masa yang sama, sebuah pertempuran meletus di bandar Isawiya, timur Baitul Maqdis di mana tentera Israel melepaskan gas pemedih mata dan peluru logam ke arah orang awam.



 

Related