Ribuan rakyat Palestin mendirikan solat subuh bersempena Hari Arafah di pekarangan Masjid al-Aqsa hari ini.
Perkarangan itu menyaksikan kehadiran yang sangat luar biasa dari kalangan murabit dan warga al-Quds. Mereka berarak dari beberapa kawasan berasingan di Tebing Barat ke Masjid al-Aqsa bermula semalam.
Sementara itu, persiapan untuk menerima puluhan ribu jemaah solat Jumaat dan solat raya Aidiladha di Masjid al-Aqsa sedang giat dilakukan.
Ratusan orang muslim Palestin telah memulakan ibadah ‘itikaf di Masjid al-Aqsa sempena kedatangan 10 hari terawal Zulhijjah dan juga sebagai tanda mempertahankannya dari rancangan Judaization of Jerusalem.

