Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz bertemu dengan Perdana Menteri Palestin, Mahmud ‘Abbas di Ramallah yang terletak di Tebing Barat.
Pada pertemuan itu, ‘Abbas menekankan kepentingan mewujudkan perspektif politik dan menghormati perjanjian yang ditandatangani sebagai persediaan mencipta suasana yang baik sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ke rantau itu.
Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth melaporkan mesyuarat tersebut menangani beberapa isu penting, salah satunya lawatan Presiden AS pada bulan ini. Kedua-dua pihak bersetuju mengukuhkan penyelarasan keselamatan bagi mengelakkan sebarang perkara yang boleh menjejaskan kestabilan.

