Home Berita Post View

Tahanan Meneruskan Boikot Dan Raed Ryan Dalam Bahaya

Jul 08, 2022 05:00 am

Para tahanan pentadbiran masih meneruskan tindakan memboikot ke atas mahkamah Israel untuk hari ke-188 sebagai pemberontakan mereka terhadap dasar penahanan pentadbiran. Namun, keadaan kesihatan Raed Ryan semakin merosot pada hari ke-92 mogok laparnya. 

Pada Januari lalu, para tahanan pentadbiran telah mengumumkan boikot  secara menyeluruh terhadap prosedur kehakiman Israel yang berkaitan dengan penahanan pentadbiran. Mahkamah Israel mengeluarkan sebanyak 862 keputusan pentadbiran terhadap rakyat Palestin pada separuh pertama tahun ini dengan peningkatan sebanyak 30% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. 

Raed Ryan mengalami penurunan berat badan yang mendadak, muntah dan sakit di seluruh badan dan hanya mampu menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Keadaan beliau semakin merosot namun pihak pentadbiran penjara enggan memindahkan beliau ke hospital awam.

 

Related