Saluran media di Israel melaporkan bahawa Ketua Komando bahagian selatan melakukan latihan ketenteraan di pangkalan tentera Tze'elim yang bertempat di Negev. Latihan ketenteraan ini menyerupai latihan ketenteraan darat di Semenanjung Gaza yang dijalankan menggunakan alat ketenteraan yang canggih dan kereta kebal Merkava.
Komander latihan tersebut berkata latihan ketenteraan itu dilaksanakan secara mengejut dan ini menunjukkan bahawa peperangan di Semenanjung Gaza mungkin akan berlaku secara mengejut tanpa amaran terlebih dahulu.

