Home Berita Post View

Puluhan Rakyat Palestin Ditahan Di Tebing Barat

Jul 06, 2022 11:41 am

 

Rejim Zionis telah melancarkan ops penahanan besar-besaran di kota Silwad yang terletak di timur Ramallah, Tebing Barat. Seramai 40 orang telah ditahan. 

Berpuluh kumpulan tentera Israel digunakan untuk menceroboh kota itu. Mereka menggeledah rumah-rumah dan memeriksa orang yang berada di dalamnya. Tentera Israel menjaga pintu masuk bandar itu dan mengepung dari pelbagai arah sepanjang ops dilakukan.   

Pertempuran sengit tercetus di antara puluhan pemuda Palestin dan tentera Israel di kawasan kejiranan. Pasukan tentera melepaskan tembakan peluru dan bom beracun. 

Related