Kementerian Luar Negeri Palestin mengesahkan pihak berkuasa Israel telah menggunakan kenyataan Amerika Syarikat (AS) berkenaan kes pembunuhan jurnalis Palestin, Shireen Abu Akleh sebagai persediaan untuk menutup fail kes pembunuhannya.
Kementerian Luar Negeri Palestin menyebut perkara ini setelah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat berkenaan pembunuhan Shireen. Penjawat kerajaan Israel tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan menggunakan kenyataan AS dengan tujuan menyembunyikan fakta Shireen ditembak mati oleh seorang askar Israel. Kementerian tersebut menambah, Jabatan Negara AS sendiri menyediakan jalan keluar yang selamat kepada entiti Zionis untuk mengelak daripada bertanggungjawab ke atas pembunuhan Shireen, apatah lagi membuat sebarang kenyataan mengenai siasatan terperinci dan pemeriksaan peluru.

