Seorang pemuda bernama Ahmad Ayyad, 23 tahun dari Semenanjung Gaza telah syahid akibat serangan yang dikenakan ke atasnya oleh tentera Israel di Tebing Barat.
Menurut keluarganya, tentera Israel memukul beliau dengan teruk semasa dalam perjalanan pergi ke tempat kerja melalui bukaan tembok di Tulkarm, utara Tebing Barat.

