Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Saleh al-’Arouri berkata gerakan itu bersedia melakukan penukaran tahanan bersyarat dengan pihak berkuasa Zionis di mana mereka perlu membayar kepada pihak HAMAS.
Jelas al-’Arouri ketika diwawancara oleh saluran TV al-Aqsa, pihak berkuasa Israel kelihatan tidak bersedia memenuhi syarat tersebut memandangkan tiada tindakan serius yang diambil oleh mereka.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab semua rakyat dan pihak berkuasa Palestin, serta orang Islam untuk menghentikan aktiviti penggalian di Masjid al-Aqsa sebelum dunia dikejutkan dengan peletupan dan keruntuhan bangunan itu.

