Home Berita Post View

Delegasi HAMAS Tiba Di Algeria

Jul 04, 2022 12:31 pm

Delegasi gerakan HAMAS yang diketuai oleh Ismail Haniyeh telah tiba di ibu kota Algeria malam tadi. Antara perwakilan yang mengambil bahagian dalam lawatan ini ialah Ketua Perhubungan Arab dan Islam HAMAS, Dr. Khalil al-Hayya; jurucakap gerakan HAMAS, Dr. Sami Abu Zuhri; dan wakil gerakan HAMAS di Algeria, Mohamed Othman. HAMAS mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa rakyat dan pejuang Palestin melihat revolusi Algeria sebagai inspirasi untuk pembebasan Palestin.

 

Related