Home Berita Post View

Pembinaan Semula Gaza Menunjukkan Isyarat Negatif

Jul 04, 2022 12:30 pm

Timbalan Setiausaha Kementerian Kerja Raya di Semenanjung Gaza, Naji Sarhan menyatakan bahawa operasi pembinaan semula berjalan lancar. Bagaimanapun, proses tersebut agak perlahan atas beberapa faktor.

Beliau menyatakan bahawa Israel, pihak berkuasa Palestin, perpecahan dan ketidaksediaan dalam kewangan merupakan faktor kelewatan pembinaan semula. Tambah beliau, wujud unsur-unsur kuasa veto oleh Israel di atas kelewatan pembinaan tersebut. Mereka memberi tekanan yang mengganggu penerimaan dana daripada penderma. 

Selain itu, pihak berkuasa Palestin gagal untuk campur tangan dan negara-negara Arab tidak menunjukkan sebarang sokongan terhadap pembinaan semula sektor tersebut.

Naji Sarhan berkata 700 daripada 1,700 unit yang musnah semasa pencerobohan lalu telah dibina semula.

 

Related