Ratusan penduduk Palestin dari al-Quds dan Tebing Barat menyahut seruan Hashd wa Ribat dengan slogan “Kami Menjagamu di Hati Kami” bertempat di Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk mempertahankannya dari rancangan Judaization of Jerusalem.
Mereka mendirikan solat Subuh dan melakukan i’tikaf bersempena permulaan 10 hari bulan Zulhijjah.
Bagi rakyat Palestin di Tebing Barat, i’tikaf bukan sahaja berlaku di bulan Ramadan tetapi setiap kali masjid terancam dengan pihak berkuasa Israel dan warganya.
*Hashd wa Ribat: Suatu perhimpunan besar-besaran di Masjid al-Aqsa pada awal subuh antara rakyat Palestin yang tinggal di kawasan Tebing Barat. Mereka melakukan aktiviti ibadat seperti i’tikaf dan solat subuh jemaah beramai-ramai.

