Home Berita Post View

Raed Rayyan Meneruskan Mogok Lapar

Jun 30, 2022 12:29 pm

 

Menurut Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin; serta peguam mereka, Fawaz al-Shaludi; tahanan Israel, Raed Rayyan yang berusia 27 tahun meneruskan mogok lapar secara terbuka untuk hari ke-84 sebagai penolakan ke atas dasar penahanan pentadbiran yang dikenakan ke atasnya.

Jawatankuasa tersebut berkata Raed Rayyan berada di klinik penjara Ramla dalam keadaan kurang sihat dan menjalani kehidupan yang sangat sukar. Beliau mengalami penglihatan kabur kekal, sakit kepala, dan sakit sendi. Selain itu, jadual tidur beliau terganggu kerana gastrik, kekejangan di tangan, kaki dan perut. Kini pergerakannya terbatas dan Raed Rayyan hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Raed Rayyan turut memaklumkan bahawa walaupun kesihatannya semakin merosot, pentadbiran penjara hanya meletakkan beliau di dalam bilik yang sangat kotor dan tidak sesuai untuk kehidupan manusia.

Related