Home Berita Post View

Serangan Di Masafer Yatta

Jun 30, 2022 12:26 pm

 

Tentera Israel dan warganya menyerang mereka yang giat menanam pohon-pohon zaitun di atas tanah yang terancam. Kejadian berlaku di Masafer Yatta, selatan Hebron yang terletak di Tebing Barat.

Penyelaras bagi Jawatankuasa Kebangsaan Penentangan Tembok Apartheid dan Penempatan, Ratib Jabour melaporkan bahawa tentera Israel dan warganya menyerang rakyat Palestin dengan agresif. Mereka menyerang, memukul dan melontarkan kata-kata hinaan yang berbaur perkauman.

Beliau menyatakan lagi bahawa penduduk Palestin sempat mengalih keluar khemah yang didirikan oleh warga Israel sebagai persediaan untuk merampas kawasan tersebut.

Pada awal Jun lalu, tentera Israel melakukan bancian di kawasan Masafer Yatta. Namun, apa yang membimbangkan penduduk Palestin ialah mereka diancam dengan pemindahan dan pengusiran oleh Israel dari kawasan tersebut. 

Related