Tentera Israel telah menahan seorang pemuda Palestin berhampiran Bab al-Majlis di dalam kawasan Masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis.
Susulan daripada itu, polis Israel melakukan operasi pencarian di dalam masjid tersebut selepas pemuda berkenaan melarikan diri dalam Masjid al-Aqsa selepas didakwa melakukan percubaan menikam berhampiran Bab al-Majlis.
Sumber tempatan melaporkan bahawa bunyi tembakan kedengaran berhampiran Bab al-Majlis yang terletak di kawasan muslim (Muslim Quarter).

