Calon senarai Jerusalem is Our Destination, Imad Rihan menyeru agar rakyat Palestin untuk beriktikaf di Masjid Al-Aqsa selama sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah sehingga hari raya Aidiladha.
Beliau menegaskan dalam kenyataan akhbar bahawa iktikaf di Masjid al-Aqsa dianggap sebagai kubu pertahanan yang terdiri daripada orang ramai dalam meningkatkan perlindungan ke atas Masjid al-Aqsa dan menggagalkan rancangan pengyahudian.
Seruan itu disiarkan di media sosial sebagai tanda bermulanya iktikaf di masjid tersebut.

