Kira-kira 500 tahanan terus memboikot mahkamah Israel untuk hari ke-174 berturut-turut. Aktiviti boikot ini dilakukan sebagai penolakan terhadap dasar tahanan pentadbiran yang dilakukan oleh Israel.
Boikot ini telah menyumbang kepada kekeliruan dalam kalangan pentadbiran penjara Israel. Secara tidak langsung, ia mendedahkan kepada delegasi asing yang membuat lawatan ke penjara setiap kali isu tahanan pentadbiran timbul; serta boleh diketengahkan dan disampaikan kepada seluruh dunia.
Pihak berkuasa Israel biasanya akan menghukum tahanan yang memboikot mahkamah seperti menghalang kehadiran pelawat dan memperbaharui penahanan pentadbiran.
Tahanan pentadbiran telah mengambil pendirian kolektif dengan mengisytiharkan boikot secara menyeluruh dan muktamad terhadap semua prosedur kehakiman yang terkait dengan penahanan pentadbiran (semakan kehakiman, rayuan, tertinggi).

